Ismail Sabri Yaakob

Saya telah pun melancarkan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula. Langkah ini bersesuaian dengan usaha meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan secara langsung menurunkan statistik penyakit-penyaki kronik di negara ini.

Justeru saya menyarankan kepada persatuan-persatuan pengguna, mengambil langkah yang lebih proaktif dalam mendidik masyarakat pengguna mengenai bahayanya pengambilan gula secara berlebihan.

Cara hidup atau lifestyle masyarakat pengguna masa kini, yang lebih gemar makan di luar, pengambilan diet yang tidak seimbang serta sikap “tidak apa” terhadap makanan dan minuman yang mengandungi gula berlebihan perlu di ubah agar ia dapat membantu membentuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat , cergas dan cerdas.

Oleh yang demikian, Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian, ialah pengguna perlu sentiasa membaca label pada produk yang ingin dibeli bagi memastikan tahap kandungan gula tidak berlebihan dan pihak pengeluar juga perlu lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label pemakanan dengan lebih jelas dan bukan sekadar menggunakan nama saintifik .

Harapan Kementerian agar usaha murni mendidik masyarakat pengguna ini akan berterusan dan mendapat kerjasama daripada semua pihak lebih-lebih lagi masyarakat pengguna.

“Hidup Lebih Manis Tanpa Gula”

“Mati Semut Kerana Gula”
4 Responses
  1. Edzlin Says:

    salam Datuk Seri.

    kempen ini perlu ada sepanjang tahun. yang pasti saya harap minuman di kedai makan kurang gula, selalu sahaja manis.


  2. MORIBAYU Says:

    Ed , orang ambik gula..sebab kurang pengetahuan.
    Now kita mmg terdidik untuk ikut resmi semut :
    " Biar mati dalam balang..tak pa , janji bermandi gula ".

    me lihat , bangsa lain . Terutamanya Orang cina. Mereka jika minum teh , jarang bergula. Malah jika di lihat pada budaya melayu pun.
    tok nenek kita pun dah pesan.
    Jika buat air..biar manis-manis buah saja , kata mereka.

    Tapi now...masya allah.
    Me bukan nak menunding jari.
    Malah my mom pun , kalo membeli gula...macam stok nak pergi perang.

    mungkin sudah tiba masanya . Untuk pendidikan mengenai bahayanya terlebih gula , diserapkan kepada anak2 kita.

    kita cakap tak nak pada rokok.
    jadi tak salah juga..jika tak nak..pada gula.

    :)


  3. saya amat bersetuju dgn pandangan sdr/i. pihak kpdnkk bersama CAP sdg berusaha utk menyedarkan rakyat mengenai bahaya gula ini kpd kesihatan. saya amat berharap supaya sdr/i membantu saya berkempen melalui facebook.


  4. MORIBAYU Says:

    Salam , Datuk Seri


    " Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending"- Maria Robinso