Ismail Sabri Yaakob
Pada pagi ini saya telah pun merasmikan Majlis Konvensyen Pengguna yang antara lain bertujuan untuk membentangkan cadangan pelan induk pengguna serta cadangan penambah baikkan dasar pengguna Negara, dan membincangkan isu-isu kepenggunaan secara intelektual dan mendalam berdasarkan fakta-fakta yang lebih saintifik dan data-data yang boleh menyokong isu yang berkaitan serta membolehkan pakar-pakar dalam bidang Kepenggunaan khususnya, memberikan pandangan serta berkongsi maklumat berdasarkan kajian dan pengalaman mereka .

Oleh yang demikian konvensyen Kepenggunaan 2010 yang diadakan selama dua hari ini amat bermakna bagi memantapkan dasar dan fungsi Kementerian melalui maklum balas secara langsung daripada stakeholder sendiri. Program ini merupakan satu pendekatan yang lebih efektif kerana ianya merupakan interaksi secara langsung dengan kumpulan sasar. Dasar dan polisi Kerajaan akan lebih memberikan impak kepada rakyat sekiranya ia mengambilkira kehendak dan keperluan rakyat secara kolektif dan dibuat secara bottom up berbanding top down.

Salah satu ciri atau characteristic sebuah negara yang berstatus maju ialah mempunyai polisi perlindungan yang komprehensif yang menyumbang kepada kesejahteraan pengguna dan ia perlu seimbang dengan pembangunan ekonomi. Pengguna sendiri perlu ada self protection yang kuat di mana mereka ini tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk melindungi kepentingan mereka. Pengguna perlu kenal saluran-saluran yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membela kepentingan mereka, contohnya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM), malahan pengguna perlu lebih bijak berbelanja berasakan value for money. ,
Self protection yang kuat di kalangan masyarakat pengguna akan membantu mengurangkan keperluan kerajaan untuk campurtangan bagi membetulkan market failure. Oleh itu, Malaysia perlu mengadakan satu Pelan Induk Pengguna yang lengkap bagi memastikan pembangunan kepenggunaan di negara ini mempunyai halatuju yang jelas.

Adalah menjadi harapan saya , Melalui Konvensyen seperti ini ianya dapat membantu menghasilkan satu Pelan Induk yang lebih holistik dan komprehensif di mana ianya akan dapat menyumbang ke arah mencapai aspirasi Malaysia untuk mendapat status negara maju menjelang 2020.
0 Responses