1 Julai yang lalu , saya telah selamat menyempurnakan flag off program Jelajah Pengguna 1 Malaysia yang bertempat di ruang legar Angkasapuri bersempena dengan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2010.
Bulan Pengguna adalah pertama kali disambut selama sebulan, bertujuan menyedarkan pengguna tentang hak mereka dalam mempengaruhi dan menentukan harga barangan.
Bertepatan dengan misi dan objektif bulan pengguna pada Julai ini, Penjelajahan yang dikelolakan sepenuhnya oleh pegawai kementerian saya, antara lain berfungsi mendekati pengguna di setiap kawasan seperti R&R, pasar-pasar awam, sekolah dan Universiti dalam menyebarkan informasi kepenggunaan.
Pelbagai aktiviti kepenggunaan telah pun diaturkan sepanjang bulan ini, dan Majlis kemuncak bulan pengguna akan di adakan di Dataran Pahlawan Melaka, pada 24 Julai ini. Adalah menjadi harapan saya agar setiap masyarakat pengguna dapat turut serta menjayakannya serta dapat hadir di Dataran Pahlawan pada 24 Julai nanti!.