Saya percaya orang yang paling 'susah hati' menyambut Aidiliftri kali ini adalah saya. Sebabnya , saya paling bimbang kalau ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati menjelang Aidilfitri. Kalau tiba-tiba harga ayam naik , gula tiada bekalan, minyak masak tidak mencukupi, tepung pula disorok ,isu- isu sebegini bukan sahaja akan membebankan pengguna tetapi pada masa yang sama memberi tekanan kepada saya khususnya .
Untuk itu bilik gerakan pemantauan harga dan bekalan dibuka setiap hari walaupun di Hari Raya. Walaupun umat Islam sedang bergembira di Hari Raya , handphone sentiasa berada di tangan saya kerana membaca laporan yang saya terima sebanyak 4 kali sehari setiap hari mengenai harga dan bekalan barangan.
Syukur Alhamdullilah akhirnya perkara yang saya bimbangkan tidak berlaku. Selepas dua minggu Aidilfitri berlalu , nampaknya bekalan mencukupi serta harga barangan terkawal. Kawalan harga yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang berakhir pada 27 september lalu, boleh dianggap berjaya kerana pada keseluruhanya barang-barang dijual dengan harga yang ditetapkan dan pada masa yang sama bekalan mencukupi untuk memenuhi keperluan umat Islam menyambut Lebaran.
Ianya berjaya disebabkan sokongan daripada semua pihak, antaranya pembekal, pemborong dan para peniaga yang mematuhi etika perniagaan. Malah pihak penguatkuasa KPDNKK serta Pegawai Pemantau Harga melaksanakan tugas dengan penuh efisyen sekali.Justeru itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan skim kawalan harga musim perayaan ini.
Sempena bulan Syawal ini, belum terlewat untuk saya mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Dato' Seri, Maaf Zahir dan Batin
Poh sedap angat ni...
Goner poser kita...
Tapi kawan gi bazar rmdhan kat kerayong ...
poh palih mahal amat .....
Air - Rm 2.50 ...Kat tempat keje kawan ade lagi Rm1
Kuih - Rm 1 = 3 biji ..kat tempat keje kawan ade lagi RM1 = 5 biji..Kalau bazar besar samalah harganya.
Ayam golek - 1 = RM22 ..kat tempat keje kawan RM 16.
Mertabak jer sama herga RM 2.50.
Poh palih tak tahu lah bandar kerayong dengan bandar batu pahat mana lebih besar tapi nengok gaya belanjanya macam bandar bera lagi besar ..goner mat sabri ...tempat menteri pulok tuh...pandir weihhhh
Mungkin cadangan kawan kena ada banyak lagi bazar ramadhan agoknya...baru herga turun.. ni se jer kat bandar kerayong yu...
Goner citer al mankaraqi? Kawan kesian kat orang kampung juga...rodong2, wris2 belaka.
Cer awok buat survey kala ado mase..
tu la pasal. memang ada yg harga mahal ada yg muroh. maklumlah nk cari rezki setahun sekali. kawan dah nasihat jgn melampau sgt. pembeli pun kwn nasihat kalau harga melampau jgn beli. bila tk laku baru lah jual murah.
eden poei ko bazar ramadhan batu kikir... kuih 5 ketui rm2...cam no tue?