Semalam (12 Oktober 2009), saya mengadakan lawatan mengejut ke Brickfields, Kuala Lumpur sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2009 yang bermula semalam sehingga 21 Oktober ini.
Secara keseluruhannya, saya dapati masih ada peniaga yang tidak meletakkan tanda harga khas warna merah jambu pada 15 barangan yang dikawal harganya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meskipun kebanyakan peniaga sedia maklum mengenai hal itu.
Justeru, saya ingin menegaskan bahawa kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar mematuhi peraturan berkenaan.
Sejajar dengan gagasan 1Malaysia, saya amat berharap kaum India yang akan merayakan Deepavali pada Sabtu ini dapat membuat persediaan tanpa dibebani dengan masalah kenaikan harga barangan.
Salam 1Malaysia.
Meninjau harga daging kambing.

salam dato,
saya seorang warga bera yang pada pilihanraya umum yang lalu telah memberikan undi kepada dato. saya amat terkilan dengan tindakan seorang blogger yang katanya berasal dari kg mengkarak yang secara terang-terangan telah menghentam peribadi dato secara langsung. harap dato dapat membuat sesuatu bagi membersihkan nama dato. ini alamat blognya http://almankaraqi.blogspot.com
dari ahli seumur hidup perpustakaan awam bera.