Cadangan mewujudkan pasar raya besar disuarakan, berdasarkan permintaan daripada pengguna bandar kecil, ini kerana mereka boleh membuat pilihan dengan harga murah yang ditawarkan oleh pasar raya besar.
Walau bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji implikasi kewujudan pasar raya besar di bandar-bandar kecil, sama ada kewujudannya kelak menganggu perniagaan kedai-kedai runcit sedia ada di kawasan terbabit atau sebaliknya. Kerajaan semestinya akan sentiasa berhati-hati di dalam memperluaskan jangkauan pasar raya besar ke seluruh negara.
Tanggungjawab kementerian terhadap peniaga-peniaga tempatan tidak pernah diabaikan. Justeru, peruncit tidak perlu bimbang mengenai perkara ini. Bukanlah hasrat atau misi kerajaan mahu melihat peruncit atau peniaga tempatan mati akibat gagal bersaing dengan peniaga besar!

Y.B Dato' Seri.
Cadangan saya ialah kita mestilah menggalakkan para Usahawan, Syarikat dan Koperasi membuat pelaburan dengan menyertai perniagaan dalam industri Borong barang2 keperluan dikawasan pendalaman supaya tiada unsur monopoli oleh pemborong di dalam kawsan pendalaman. ini akan mewujudkan persaingan sihat dan penstabilan harga barang.
sekian harap maklum.
ya, harap kajian terperinci dilakukan. peruncit boleh terjejas teruk. di tempat saya, setelah berpuluh tahun, kini ada pasaraya besar. dah mula nampak kedai-kedai runcit kelihatan lengang tidak seperti selalu.