Ismail Sabri Yaakob
Undang-undang di bawah Akta Cetak 1987 sekarang ini lebih memfokuskan kepada VCD haram yang diperdagangkan, tetapi tidak kepada personal use. Seseorang yang memiliki sekeping VCD haram tidak bersalah tetapi jika memiliki lebih daripada 3 keping baru boleh diambil tindakan.

Saya akan meminda undang-undang ini, seseorang yang memiliki walaupun sekeping VCD haram untuk kegunaan sendiri boleh dikenakan tindakan. Bagi saya, prinsip undang – undang di bawah kanun keseksaan, jelas memperkatakan, bahawa sesiapa yang memiliki barang curi boleh dihukum seperti pencuri.

Dengan cara ini, barulah pembeli tidak lagi berani membeli VCD cetak rompak, jika tiada pembelian, maka tiada urusan perniagaan yang akan berlaku.
Saya harap, rakyat faham bahawa tindakan membeli VCD haram sama seperti membantu pencuri kerana pembuat VCD haram sebenarnya pencuri kepada hasil kreativiti ciptaan individu lain.

Kita semestinya harus menghormati kreativiti dan intellectual property individu lain.
3 Responses
  1. W Kartika Says:

    Salam Dato' Seri.

    semoga dgn pindaan undang-undang yg baru itu nanti akan lebih membantu mengurangkan masalah cetak rompak yg mana saya lihat pembeli dan pembekal Wajib dihukum kerana mereka sama sahaja.
    Terimakasih Dato' seri kerana bekerja keras untuk negara dan rakyat.


  2. Anonymous Says:

    Salam Dato' seri.

    Saya menyokong pindaan undang-undang cetak rompak untuk kegunaan sndiri. Saya juga berharap supaya tindakan lebih tegas terhadap Kilang Pengeluar VCD yang berlesen yang menyalahgunakan lesennya untuk mengeluarkan VCD dan DVD cetak rompak di pasaran. Banyak DVD cetak rompak di pasaran adalah di keluarkan dari kilang berlesen atau tidak berlesen.

    sekian harap maklum.


  3. Edzlin Says:

    saya bersetuju, kerana antara sebab utama masalah cetak rompak pembeli sentiasa ada. pengguna kita kurang menghargai karya dan produk yang ada